MAKLUMAT SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Piol adalah merupakan sebuah sekolah kategori luar bandar yang terletak kira-kira 25km dari bandar Jerantut,Pahang.Sekolah ini merupakan sekolah dalam kawasan penempatan Felda dan telah dibuka dengan rasminya pada 01 Januari 1977 dengan keluasan lebih kurang 4 hektar.

Pada awalnya sekolah ini memulakan operasinya dengan kemudahan fiziikal 2 blok bangunan 1 tingkat yang menyediakan 20 bilik darjah.Blok A dan B masing-masing mengandungi 10 bilik kelas.Bilik kelas bahagian atas blok A dijadikan bilik pentadbiran yang memuatkan 1 bilik pejabat yang menjalankan urusan pentadbiran sekolah yang diubahsuai bagi memuatkan bilik pengetua,penolong kanan serta ruang untuk kakitangan pejabat iaitu kerani dan pembantu pejabat.Manakala 4 lagi bilik kelas masing-masing dijadikan 1 bilik guru,bilik penyediaan,bahan bantuan mengajar(BMM),bilik mesyuarat atau bilik gerakan dan bilik cetak serta stor sukan.Bangunan blok B pula menyediakan bilik perpustakaan,bilik disiplin,berkongsi dengan bilik kaunseling,2 bilik kelas untuk makmal sains dan satu lagi bilik seni lukis.Semua bilik kelas di bahagian bawah digunakan sebagai bilik pembelajaran dan pengajaran.

Selepas beberapa tahun,jumlah bilangan pelajar semakin meningkat menyebabkan masalah penempatan kelas pelajar.Akhirnya,pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah meluluskan pembinaan bangunan tambahan secara pasang siap yang menyediakna sebanyak 4 buah bilik kelas lagi.bangunan bengkel Kemahiran Hidup telah dibina 2 tahun lepas itu.Namun demikian,keperluan kelas semakin meningkat akibat petambahan jumlah pelajar pada tahun 2000,SMK Padang Piol telah mendapat bangunan tambahan 2 blok 3 tingkat serta 1 ruang dewan terbuka.Pada tahun tersebut juga,sekolah telah membina sebuah surau yang boleh memuatkan 400 ratus orang pelajar dalam 1 masa.Pada tahun 2002,SMK Padang Piol telah menerima sebuah bangunan makmal komputer di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelajar-pelajar SMK Padang Piol majoritinya adalah terdiri dari anak-anak peneroka Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang.Manakala sebahagian kecil adalah dari kampung-kampung tradisional yang berhampiran dengan Felda Padang Piol.Antara kampung-kampung tersebut ialah Kampung Cebung,Kampung Sungai Putat,Kampung Gajah Mati,Kampung Tanjung Betung,Kampung Kelantan,Kampung Rentang dan Kampung Batu 10.Jumlah mereka adalah kecil sahaja,hanya kira-kira 1/5 daripada keseluruhan pelajar SMK Padang Piol.Selain itu,Pelajar SMK Padang Piol juga terdiri daripada anak-anak pegawai Felda,guru-guru serta pekerja-pekerja kilang sawit dan juga dari sektor swasta yang lain.Jelasnya,latar belakang setiap pelajar SMK Padang Piol adalah berbeza-beza.

Pada tahun pertama pembukaannya,SMK Padang Piol telah mengambil seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sahaja.Selama 3 tahun,SMK Padang Piol hanya menyediakan pendidikan pada peringkat menengah rendah sahaja.Menjelng tahun 1994,barulah SMK Padang Piol dapat menyediakan pendidikan peringkat menengah atas.

SENARAI KHIDMAT PENGETUA

BILANGAN
NAMA
TAHUN KHIDMAT
1
TN.HJ.MUSTAFA BIN ABDUL SAMAD
1977-1978
2
TN.HJ.NORSAID BIN HJ MAJID
1978-1984
3
TN. HJ.MOHD SABRI BIN MOHD ALI
1984-1993
4
EN.MOHAMED BIN YAHYA
1993-1995
5
EN. ZAINUREEN BIN MOHD NOOR
1995-1998
6
TN.HJ.ABDUL RASHID BIN ABDUL HAMID
1998-1999
7
TN.HJ.ABDUL RAZAK BIN MOHAMAD
1999-2000
8
EN.RAMLI BIN HJ.AWANG AMP.
2000-2008
9
PN.KHAMSIAH BINTI ZAINUDDIN
2008-2009
10
EN.ROSLAN BIN MD ALI
2009-2011
11
EN.SHUHAIMI BIN SETAPA
2011-KINI






1 comment: